Thursday, June 25, 2015

TIPS URUSKAN URI BAYI BARU LAHIR



Alhamdulillah, semasa wife bersalin di Pusrawi Jalan Tun Razak, urusan uri bayi yang baru lahir disiapkan dan disempurnakan oleh Jururawat bertugas. Tinggal untuk ditanam sahaja. Terima kasih Pusrawi.Tetapi, kalau ada yang belum tahu, jom kita kongsi antara cara-cara uruskan Uri Bayi Baru Lahir.

1. Mulakan dengan lafaz BISMILLAH bilas uri dengan air suci lagi menyucikan iaitu air paip/air sungai yg mengalir atau yg sewaktu dengannya sehingga tiada lagi darah mengalir dari uri tersebut.

2. Bilas dengan air asam jawa untuk menhilangkan bau hanyir.

3. Letak uri di atas kain kapas putih bersih. Lebar/besar kain cukup2 untuk membungkus uri…

4. Perahkan 3-4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau untuk mengharumkan uri. Seterusnya taburkan garam kasar dan asam keping di atas uri. Ini untuk mengelakkan bau hanyir yang menarik perhatian binatang.

5. Kemudian bungkus uri dan ikat bungkusan (menggunakan hujung kain) kemas-kemas.

6. Gali lubang tanah sedalam kira2 sekaki setengah (jarak atas bungkusan dengan permukaan atas tanah kira2 sejengkal tangan orang dewesa). Luas lubang sekadar cukup untuk bungkusan uri tersebut. Alaskan dasar lubang menggunakan papan (apa2 saja bahan yg mudah reput dan hancur). Letakkan uri di atas papan tersebut. (Papan tersebut boleh juga diganti dengan temburung kelapa, jika ada..ini lagi baik).

7. Selesai menimbus lubang, menghadaplah ke arah kiblat. Sedekahkan doa Al Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Qul dengan niat memohon pertolongan ALLAH supaya uri dan bayi kita dilindungi dari gangguan iblis dan syaitan.Untuk bayi yang ketiga ni, MrJocko cuma cari lokasi untuk menanam Uri tersebut dan semunya selesai.

Alhamdulillah.
Sumber : http://preview.tinyurl.com/lacheco

Ha! Satu penjelasan yang panjang lebar dari Mr Jacko. Kalau anda masih TAK SANGGUP untuk uruskan URI, beri pada kami. Kami akan uruskan untuk anda.

Sila PM kami untuk perkhidmatan.

Tuesday, June 23, 2015

MASYARAKAT PERLU FAHAM UNTUK ELAK KHURAFAT DAN SYIRIK!!!


Biar mati anak jangan mati adat. Itulah pepatah sering digunakan nenek atau emak kita apabila berbicara mengenai sesuatu perkara melibatkan adat diamalkan. Bagi masyarakat Melayu, adat menjadi antara pegangan hidup mereka sehingga sanggup mengetepikan darah daging daripada adat.

Adat sebenarnya tidaklah salah diamalkan, tetapi janganlah sehingga perkara karut mengarut dan lari daripada landasan agama mahu terus diamalkan. Jika diteruskan juga amalan dan kepercayaan itu boleh jatuh kepada khurafat serta syirik.

Penceramah bebas, Haslin Baharin berkata, dalam masyarakat Melayu terdapat adat tertentu misalnya lenggang perut, cukur jambul, naik buai sehinggalah ketika tanam uri.

Menurutnya, dalam Islam tidak dinyatakan semua adat berkenaan yang perlu diamalkan selain apa yang termaktub dalam al-Quran dan sunah.

“Adat adalah amalan daripada nenek moyang terdahulu berkaitan dengan budaya masyarakat lain seperti India yang dibawa ke negara ini dan mula diamalkan masyarakat Melayu.

"Apabila ia menjadi sebahagian daripada budaya dalam masyarakat tersebut, maka untuk membuangnya bukanlah perkara mudah. Ada kalanya, amalan tersebut mendatangkan pergaduhan,” katanya pada Forum Perdana Amalan Syirik dan Khurafat Dalam Konteks Adat Masyarakat Melayu baru-baru ini.

Isu tanam uri

HASLIN berkata, antara situasi sering berlaku dan boleh menyumbang kepada khurafat adalah kaedah menguruskan uri yang keluar bersama bayi ketika saat kelahiran untuk ditanam.

“Contoh amalan pelik menanam uri bayi yang masih diamalkan dalam masyarakat ialah menanam uri bersama pensel dan buku serta meletakkan paku dan benda tajam bersama uri yang ditanam, kononnya untuk mengelakkan uri tersebut didekati ‘benda-benda halus’.

“Selain itu, ada juga perbuatan memasang pelita berhampiran tempat tanam uri kerana bimbangkan ‘kembar bayi’ itu kesejukan pada waktu malam. Oleh itu amalan menanam uri bayi
dengan lada hitam, paku dan sebagainya adalah amalan khurafat dan syirik,” katanya.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH tiada mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya.

Sesiapa yang mempersekutukan ALLAH, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. (Surah An-Nisa’: 48). Haslin berkata, sebenarnya hukum menanam uri bayi adalah harus kerana uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.

“Uri orang Islam juga suci justeru tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri itu untuk ditanam di tempat masing-masing.

“Merujuk kepada amalan sesetengah masyarakat yang membasuh uri tersebut terlebih dahulu dengan asam keping dan garam, saya berpendapat ia harus bagi menghilangkan bau pada uri tersebut,” katanya.

Haslin berkata, satu lagi permasalahan sering dihadapi masyarakat Melayu mengenai upacara dijalankan ketika majlis cukur jambul yang kebiasaannya diadakan sempena menyambut
kehadiran orang baru dalam keluarga.

“Berpandukan syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad SAW. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada  masyarakat India yang beragama Hindu.

“Dalam Islam hanya ada istilah mencukur rambut dan ia digalakkan sehingga botak supaya segala kekotoranyang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut
baru tumbuh dengan sihat,” katanya.

Sunah Rasulullah

MENGIKUT sunah kata Haslin, apa yang dilakukan Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua.

Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin.

“Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak hingga botak.

“Sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul hanyalah sebagai adat dan tradisi yang dilakukan sejak turun-temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa,” katanya.

Justeru, katanya, memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

“Upacara cukur rambut juga tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.

“Oleh itu, masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain,” katanya.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini.

Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.

Sumber : http://goo.gl/ynU9kY

Sila rujuk https://www.facebook.com/pengurusan.uri untuk mendapatkan khidmat prngurusan uri.

Sunday, June 21, 2015

MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI MENGIKUT ISLAM

 

Keriangan sebagai ibu bapa apatah lagi beragama Islam ketika menerima kelahiran anak patut diiringi dengan ucapan kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa.

Islam sebagai agama yang menggariskan panduan hidup yang sempurna patut dijadikan pedoman kepada semua penganutnya. Adab-adab menyambut kelahiran bayi seharusnya menjadi amalan kepada semua ibu bapa yang menerima kelahiran zuriat. Menurut Ustaz Abu Hasan Al Ash’ari Zakaria, Konsultan Umrah Akademi Mutawwif Trainning and Consultancy, terdapat beberapa panduan yang patut dilakukan oleh ibu bapa sebaik anak yang dikandung selamat lahir ke dunia.

Sebelum itu, Ustaz Abu Hasan yang juga berpengalaman sebagai penceramah di stesyen radio dan televisyen ini menyuruh pasangan suami isteri dan keluarganya mengamalkan bacaan doa Nabi Yunus, Surah Al-Anbiaq ayat 87 supaya mudah bersalin.

 Antara adab-adab yang disunatkan dalam Islam adalah seperti berikut :
  1. Melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).
  2. Mengikut hadis sahih daripada Abu Daud dan Tarmizi, sunat untuk diazankan di telinga bayi sebab ia dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika cucu baginda, Hassan lahir. Imam Ibnu Qayyium memberitahu azan dilakukan supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi. Sementara Sheikh Muhammad Ali Qutub pula menyamakan seruan azan/iqamat seperti bacaan talqin. Kelahiran bayi bermaksud bayi berpindah dari alam rahim ke alam dunia, seruan azan mengingatkan bayi tentang tanggungjawabnya di dunia. Sebab itu bayi menangis ketika baru lahir ke dunia.
  3. Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan. Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh dibacakan. Nabi Muhammad s.a.w juga melakukan amalan ini apabila cucundanya lahir. Amalan ini disebut dalam hadis sahih dari Bukhari. Ustaz Abu Hasan mengingatkan ibu bapa agar jangan sekali-kali melakukan amalan meletakkan gunting, paku dan sebagainya lagi di bawah bantal bayi bertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis. Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan yang khurafat.
  4. Sunat memberi ucapan tahniah kepada ibu bapa yang baharu sahaja mendapat anak. Ia ada disebut dalam kitab Imam An-Nawawi. Tujuannya untuk menghulurkan rasa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga yang memperoleh cahaya mata baharu selain mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim di antara mereka. Disarankan mereka yang berkunjung melawat bayi turut menghulurkan buah tangan seperti hadiah, wang dan sebagainya kepada ibu bapa tersebut.
  5. Tanam uri dengan segera kerana ia adalah benda kotor dan najis. Menurut Ustaz Abu Hasan, uri tersebut tidak perlu dibersihkan seperti dilakukan sesetengah masyarat yang membersihkan uri dengan garam dan asam gelugor. Sebaiknya bungkus terus dan segera ditanam. Elok ditanam di tanah yang keras dengan mencangkul dalam tanah untuk mengelakkan daripada dikorek dan dimakan binatang. Selain itu dia juga mengingatkan ibu bapa agar jangan percaya kepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain kerana percaya memberi nasib yang baik kepada bayi. Amalan itu boleh merosakkan akidah.
  6. Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak. Nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat yang boleh.
  7. Sunat melakukkan tahnik atau belah mulut bayi baharu lahir. Tahnik ialah mengunyah buah kurma dan diletakkan sedikit rasanya di dalam mulut bayi. Tahnik bertujuan memohon kepada Allah SWT supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya daripada menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.
  8. Sunat membuat aqiqah yang bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing,lembu,kerbau atau unta dan lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Hadis Abu Daud ada menyebut aqiqah dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT supaya mendekatkan anak kepada Allah. Daging sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling supaya mereka tahu tentang kelahiran anak anda. Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak. Sunah Rasulullah menyuruh aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.
  9. Mencukur jambul atau rambut anak yang baharu lahir. Menggunting sedikit rambut bayi pada hari ke tujuh adalah sunat. Ini sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah selain menggalakkan pertumbuhan rambut baharu yang lebih sihat. Selalunya majlis kenduri diadakan untuk menyambut kelahiran bayi. Sesiapa sahaja boleh menggunting rambut baik tetapi lebih baik jika dilakukan orang yang soleh dan keluarga terdekat. Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak tidak dibenarkan kerana amalan ini diambil daripada budaya Hindu.
  10. Mengkhatankan anak. Hadis daripada Al-Baihaqi menyebut Rasulullah bukan hanya menyembelih kambing tetapi turut mengkhatankan bayi baharu lahir pada hari ketujuh. Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi perempuan.

CARA MENGURUS URI ANAK


Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri. Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni. Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi. Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.

Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menguruskan uri

  1. Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
  2. Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
  3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
  4. Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
  5. Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
  6. Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
  7. Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.
  8. Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
  9. Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti.
  10. Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
  11. Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
  12. Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
  13. Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.
Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)
  •  Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
  • Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing.
  • Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.